nuffnang

Thursday, December 31, 2009

Info DIet untuk Golongan Berdarah A

Seafood Macaroni n Cheese






Bahan-Bahan:

1 packet macaroni

3 sudu olive oil

1 biji bawang besar

1 biji bawang putih

1 biji bell pepper hijau

1 biji bell pepper merah

1 mangkuk udang

1 mangkuk sotong dipotong bulat2

1 mangkuk kupang

1 mangkuk isi ketam

1 cawan cream susu half n half

1 cawan grated parmesan cheese

1 cawan daun parsley

½ cawan butter

Cara:

Bawang2 dipotong dadu ditumis dgn olive oil. Masukkan pepper dan gaul. Kemudian masukkan semua seafood hingga masak baru masukkan macaroni. Kemudian masukkan cream susu, parmesan cheese, daun parsley. Kacau 1 minit. Masukkan butter supaya pekat.

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 4 orang.

Tambahan:

Rebus macaroni dengan sedikit minyak supaya tak melekat.


Spaghetti Carbonara



Original resipi from http://www.allrecipes.com/.

walau bagaimanapon, sesetengah bahan telah diubah / ditukar kepada bahan yang senag di cari di Malaysia..selamat mencuba

Ingredients

Serving for 8 person




1 pound spaghetti



1 tablespoon olive oil



8 slices bacon, diced** boleh ditukar kepada daging ayam atau daging lembu..



1 tablespoon olive oil



1 onion, chopped



1 clove garlic, minced

4 eggs



1/2 cup grated Parmesan cheese



1 pinch salt and black pepper to taste



2 tablespoons chopped fresh parsley



2 tablespoons grated Parmesan cheese
 
 
1.In a large pot of boiling salted water, cook spaghetti pasta until al dente. Drain well. Toss with 1 tablespoon of olive oil, and set aside.




2.Meanwhile in a large skillet, cook chopped bacon until slightly crisp; remove and drain onto paper towels. Reserve 2 tablespoons of bacon fat; add remaining 1 tablespoon olive oil, and heat in reused large skillet. Add chopped onion, and cook over medium heat until onion is translucent. Add minced garlic, and cook 1 minute more.

3.Return cooked bacon to pan; add cooked and drained spaghetti. Toss to coat and heat through, adding more olive oil if it seems dry or is sticking together. Add beaten eggs and cook, tossing constantly with tongs or large fork until eggs are barely set. Quickly add 1/2 cup Parmesan cheese, and toss again. Add salt and pepper to taste (remember that bacon and Parmesan are very salty).



4.Serve immediately with chopped parsley sprinkled on top, and extra Parmesan cheese at table.


Cucur badak


Bahan-bahan

inti:

1/2 biji kelapa parut
100 gm udang kering(rendam dan kisar)
**1 ulas bawang putih
**3 bj bawang merah
**7 tangkai lada merah
**1cm halia
**1 batang serai
**1 sd teh serbuk kunyit
**2 sd makn gula
** kisar bersama 1/4 cawan air

Doh:
250 gm keledek(rebus dan lenyek)
3 1/2 sd makan tepung gandum
1/2 - 1kg myk masak untuk menggoreng

Cara-cara

Inti:

1. panaskanmyk. masukkan bahan2 kisar. masak hingga menggelegak
2. masukan kelapa. kacau rata. tutup api ketepikan

Kuih:
1. gaul rata semua bahan untuk doh kecuali myk msk membentuk doh. tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lebik dan melekat
2. ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. isikan inti di tgh2nya
4. goreng doh yg telah diisi inti hingga keemasa.anglat dan tos.


Kuih Cara Berlauk




Bahan-bahan

Inti:
1 cwn daging kisar
1 labu bawang besar 1 ulas baeang putih cincang halus
1 sd makan rempah kurma
1 sd teh minyak
garam secukup rasa
daun bawang dihiris
cili merah dihiris

untuk kuih
2 cwn tepung gandum
1 cwn santan
2 cwn air\
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning

Cara-cara

Inti:
  • Tumis bawang dan rempah hingga wangi
  • masukka  daging dan garan. kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
  • angkat adan sejukkan
untuk kuih

  • kisar semu bahann kingga kuih sebati dan tapis

  • sapu rata acuan dengan myk masak dan panaskan

  • tuang adunan ke dlm acuan. masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan

  •  tabur hirisan cili dan daun bawang. tutup adunan dengan periuk.

  • setelah bahagian tepi kekuningan boleh lah angkat. ambil dua bj kuih telangkupkan
  • Kuih Cara



    Bahan-bahan
    300 gm tepung gandum diayak
    1 biji telur dipukul hingga kembang
    1 cwn santan
    4 helai daun pandan(kisar dan ambil jusnya.
    1/2 sd teh pewarna hijau
    garam secukupnya
    gula( untuk tabur)
    marjerin untuk sapu pada acuan

    Cara-cara

    • masukkan tepung gandum dan telur dalam mangkuk dan gal sebati
    • bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. masukkan ke dlm adunan tepung sedikit demi sedikit
    • sapu rata acuan dengan marjerin. panaskan acuan.
    • masukkan adunan kedalam acuan adan tabur sedikit gula diatasnya.
    • sete;ah bahagian tepi kekuning-kuningan, boleh lah diangkat. ambil 2 biji kuih cara dan telangkupkan.

    Burger malaysia


    Bahan-bahan

    Sambal:
    2sudu makan myk masak
    1 labu bawang besar}
    2 ulas bwg putih}      Kisar Bersama 1/2 cmn air
    sedikit belacan bakar}
    10 tangkai lada kering(rebus dan kisar halus)
    1/2 cwn ikan bilis
    2sd makan gulla merah
    1/2 cwn jus asam jawa
    1 sd makan gula pasir
    1 sd teh garam

    doh:
    250 gm gandum
    120 ml susu/air
    2 sd besar marjerin
    2 1/2 sudu besar gula halus
    1/2 sd teh garam
    2 sd teh yis
    1/2- 1kg myk msk utk menggoreng
    1/2 biji timun


    Cara-cara(sambal)
    1. panaskan myk. masukkan ikan bilis. gorang hingga kekuning2an.
    2. masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. gaul rata dan biarkanmenggelegak.
    3.  masukkan gula merah, gula oasir dan garam. gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
    4. angkat dan ketepikan
    Cara-ara (doh)

    1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. uli doh hingga tak melekat. Buat bilat besar. biar kembang 2 kali.
    2. tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bhgian. buat bentuk bulat. biarkan naik 2 kali ganda lagi.
    3. semenatra itu, panaskan myk dalam kuali.
    4. goreng doh dalam myk yg sederhanahingga kekuning-kuningan. angkat dan tos.
    5. belah 2 do (jg sampai terputus. isikan dengan sambal bilis dan timun.

    Buah Melaka




    Bahan-bahan
    1 bungkus tepung pulut
    1 cwn tepung gandum
    1 sd garam
    1/2 sd teh pewarna hijau
    1 helai daun pandan
    air secukupnya
    2-3 kepin gula melaka( potong dadu)
    1 bj kelapa parut (putih sahaja)

    Cara-Cara
    1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam hingga menjadi doh.
    2. Gentel kan doh sebesar biji guli dan isikan  gula melaka ditengah2.
    3. sementara itu jerang air didalam periuk. masukkan daun pandan.
    4. masukkan bebola doh tadi ke dlm air yang mendidih. bebola timbul apabila masak.angkat dan salutkan dengan kelapa parut.

    Apam Seri Ayu






    Bahan-bahan

    3 bj telur
    240 gm gula
    240 ml santan atau susu segar
    1 sudu makan jus pandan
    270 gm tepung gandum
    1 sd teh ovallate
    1 sd makan tepung kanji
    i biji kelapa muda parut( putih sahaja)
    garam secukup rasa

    Cara-cara

    1. telur dikisr bersama gula hingga kembang
    2. masukkan santan/ susu segar, ovallate dan tepung gandum. kisar hingga sebati
    3. panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
    4. gaul rata kelapa dan garam
    5. masukkan sedikit kelapa dalam acuan. tekan hingga padat.
     6. tuang adunan tepung memenuhi acuan tad.
    7. kukus hingga masak kira2 15 minit. keluarkan drpd acuan.



    Apam Tapai tepung Beras



    Bahan-bahan

    2 cwn tapai pulut
    500gm tepng beras
    2cwn gula
    4 cwn air
    1 bungkus eno
    1/2 sudu teh pewarna(jika perlu)
    1 bj kelapa muda parut(putih sahaja)
    1 sd teh garam

    Cara-cara

    1. masukkan gula, air dan tapai kedalam pengisar. kisar hingga halus
    2 masukkan tepung beras dan peram sekurang2nya 4jam
    3. masukkan en dalam adunan perapan dan perap selama sekurang2nya satu jam
    4. tambah pewarna jika perlu , kacau dan masukkan ke dlm acuan. kukus selama 20 minit.
    5. semenatara itu gaulkan kelapa bersama garam.
    6. setelah apam masak , keluarkan dari acuan dan tabur kelapa.


    Tuesday, December 29, 2009

    Kerutuk Daging



     

    Bahan-bahan ( 5 orang )

    • 500g daging
    • 4 sudu besar rempah kerutuk
    • 2 sudu cili giling
    • 1/2 biji bawang besar
    • 3 cawan santan pekat
    • 2 sudu besar kicap pekat
    • 1/2 keping gula melaka/manisan
    • 2 sudu besar kerisik
    • [bahan tumis]
    • 1/2 bawang besar
    • 1/2 inci halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 biji buah pelaga
    • 3 sudu besar minyak

    Cara-cara

    1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
    2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
    3. Panaskan minyak
    4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
    5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
    6. Masak sehingga pecah minyak
    7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
    8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
    9. Siap untuk dihidang.

    Tepung Bungkus



    TEPUNG BUNGKUS

    Bahan
    1 cawan tepung beras
    2 cawan santan + sikit garam
    Daun pisang

    Bahan-bahan inti:
    1/2 biji kelapa muda parut~
    1 ketul gula melaka
    1 s/b gula
    1 s/b tepung gandum~boleh juga guna tepung beras
    4 s/b air
    1 helai daun pandan
    tepung pulut+air secukupnya untuk jadikan doh untuk bungkus inti

    Cara:
    1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
    2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
    3. Jadikan inti bebola kecil. Bungkus dengan doh tepung pulut. Ketepikan dahulu.
    4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
    5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
    6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
    7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
    8. Sejukkan dan hidangkan.

    Cek Mek






    BAHAN
    TEPUNG GANDUM SECUKUPNYA
    KELEDEK YANG DIREBUS DAN DILECEK HANCUR
    SEDIKIT AIR
    GULA SECUKUPNYA
    SEDIKIT GARAM
    MINYAK UNTUK MENGGORENG

    CARA:
    1. CAMPURKAN TEPUNG GANDUM BERSAMA KELEDEK, SEDIKIT GARAM DAN AIR. jADIKAN DOH
    2. AMBIK SEDIKIT DOH DAN DIBULAT2KAN KEMUDIAN DILEPERKAN UNTUK DILETAKKAN SEDIKIT GULA DITENGAH2NYA. KEMUDIAN DITUTUP RAPAT DAN DIGENTEL SECARA BUJUR/LONJONG.
    3. GORENG SEHINGGA KEKUNINGAN. ANGKAT DAN SEJUKKAN. JANGAN MAKAN PANAS-PANAS KERANA GULA DI DALAMNYA AKAN MENYEBABKAN LIDAH MENJADI LECUR....

    Lasagna






    Bahan-bahan ( berganting kpd saiz dish )
    1 bungkus daging / ayam kisar
    1 tin sup tomato
    1 - 2 tin sup cendawan
    1 botol bolognese sauce ( brand maggie dlm paket pun ok tp kena bancuh air / brand kimball murah)
    1 tin cendawan butang
    mix vegetables ( kalau nak )
    1 paket mozarella cheese ( beli kat kedai buat kek murah )
    Italian herbs ( kalau nak )
    garam & lada hitam
    1 biji bawang besar - potong dadu
    4 ulas bawang putih - potong dadu
    1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )
    Klik di sini untuk isi bahan
    Klik di sini untuk isi bahan

    Cara-cara
    bawang besar dan bawang putih ditumis.
    Masukkan daging / ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, mix vegetables dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
    Sediakan baking dish yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.

    Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah baking dish.
    Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
    Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan
    Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.
    Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. ( jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat )

    Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ) Taburkan Italian herbs di atas cheese.
    Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!

    Wednesday, November 11, 2009

    Pizza Aym









    Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

    200 gm tepung roti
    1 sudu gula
    sedikit garam
    1 sudu kecil yis
    125 ml air
    1 sudu butter
    1 sudu susu tepung
    bhn2 utk topping
    ** 2 keping dada ayam
    ** 2 ulas bawang putih
    ** serbuk lada sulah
    ** mayonis
    ** sos cili dan sos tomato
    ** cheese
    ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
    ** black pepper
    Cara-cara

    bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
    canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
    utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.

    Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..

    masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

    Sambal Udang




    Bahan-bahan ( 4-5 orang )

    8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
    4-5 ulas bawang kecil
    2 ulas bawang putih
    Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
    Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
    Minyak untuk menumis, gula, garam..
    (Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
    1 Labu Bawang Besar-Dihiris
    Cara-cara

    1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
    2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
    3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
    4- Jika suka masukkan petai..
    5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
    Hidangkan..

    Ayam Masak Lemak Cili Api






    Bahan:

    - 1 ekor ayam3 biji cili merah
    - 2 batang serai
    - 1 labu bawang besar
    - 1 keping asam gelugur
    - 1 1/4 biji kelapa atau 1paket santan serbuk (1 biji diambil santan, 1/4 biji dijadikan kerisik)
    - 20 cili api atau cili kering pedas
    - 2.5 sm kunyit hidup
    - Garam secukup rasa

    Ikan Keli Sambal Hijau




    bahan-bahan : utk goreng ikan


    • 4 ekor ikan keli [yg fresh yer]


    • serbuk kunyit


    • garam cukup rasa
      bahan-bahan untuk ditumbuk bersama + di tumis ;

      • cili padi hijau [ikut suka ko la nak pedas mana]


      • bawang merah [bersaiz besar tuh sebijik]


      • bawang putih [2/3 bijik]


      • serai 3 batang [dititik]


      • asam jawa cukup rasa [nak rasa masam lebih letak lebih..owh yer jgn lupa buang bijiknye]


      • gula cukup rasa [kalo perot tak tahan pedas cam perot za ni letak la banyak sket]


      • 2.5 cm kunyit hidup


      • ikan bilis ikut suka banyak mana


      • air sket

        cara buat :

        1. gorengla ikan keli yg disalut serbuk kunyit + garam. siap angkatla.


        2. goreng ikan bilis + tumbuk


        3. then tumis mende2 yg dah ditumbuk tuh + ikan bilis tadi + air jarang sket --> sampek naik bau [HARUMMM sampek haaaaaccchoooooo~~!!]


        4. then masukkn ikan keli goreng tadi --> kaco sama rata





    Siput Sedut masak Lemak


     


    Bahan-Bahan:
    3 kilo siput sedut (potong bahagian ekornye)
    30 biji cili api (ikut selera anda)
    1 inchi kunyit basah
    1 inchi halia
    7 biji bawang merah
    4 biji bawang putih
    1 batang serai


    2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
    2 Sudu besar garam (ikut sesedap rasa)
    1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
    3 keping asam keping
    5 batang keladi berserta isi (direndam bersama garam agar hilang gatal)kmudian direbus (jgn terlalu masak)
    minyak masak dlm
    anggaran 10 sudu besar

    Cara:
    1.Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
    2.Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam,
    cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
    3.Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
    4.Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi,Tumis hingga naik bau.Masukkan serai tadi.Kemudian kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
    5.Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
    6.Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak
    .
    7.Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
    8.Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan





    batang keladi boleh ditukar dengan pucuk ubi, paku atau ulam  yang anda suka

    Ikan Pais




    Bahan-bahan ( 3-4 org )
    1/2 kg ikan kembung
    * 4 biji bawang merah
    * 3 ulas bawang putih
    * 1/2 inci halia
    * 1/2 inci kunyit
    5 sb lada boh
    3 sb air asam jawa
    2 sb santan pekat
    sedikit garam, gula n perasa
    daun pisang n lidi utk bungkus


    Cara-cara
    Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
    Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
    Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
    Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
    Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih

    Tuesday, November 10, 2009

    Sunday, October 25, 2009

    Butir Nangka

    Nasi Dagang




    Bahan-bahan:
    5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
    2 cawan santan pekat
    4 cawan santan cair
    2 sudu besar halba
    10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
    6 ulas bawang putih, mayang halus
    1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
    Garam dan gula secukup rasa.


    Cara memasak:
    • Didihkan air didalam periuk kukusan
    • Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
    • Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
    • Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
    • Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
    • Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
    • Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.


    Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang


    Bahan A
    Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
    5 keping asam gelugor
    2 inci halia, ditumbuk kasar
    3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
    3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
    Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
    Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)


    Bahan B
    Santan pekat dari satu biji kelapa
    3 keping asam gelugor
    5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
    4 ulas bawang putih, ditumbuk
    1 inci halia, ditumbuk
    Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
    Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
    1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
    2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
    Garam secukup rasa
    Minyak untuk menumis


    Cara memasak:
    • Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
    • Pijarkan minyak di dalam periuk
    • Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
    • Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
    • Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
    • Masukkan santan pekat dan asam gelugor
    • Bila mendidih masukkan gula merah
    • Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
    • Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.


    Sambal kelapa untuk Nasi Dagang


    Bahan-bahan:
    Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
    4 sudu makan gula kabung (manisan)
    Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja


    Cara memasak:
    • Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
    • Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
    • Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

    GULAI IKAN KERING CAMPUR +NENAS




    Bahan2:
    Beberapa keping tulang dan isi ikan kering(ikan talang atau apa² ikan kering)
    3 sudu besar rempah kari ikan
    2 cawan santan
    1/2 biji nenas
    sedikit air

    Bahan tumis:
    2 tangkai daun kari
    5 ulas bawang merah ........] mayangkan
    3 ulas bawang putih............]
    1 sudu kecil halba campur atau halba tumis

    Cara:
    1. Masak rempah yg di bancuh dgn air hingga garing/hilang bau rempah..lepas tu masukkan santan, ikan kering dan nenas..didihkan
    tambah garam kalau tak masin
    2. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
    3. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
    4. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar...dah boleh angkat dan makan...

    GULAI IKAN NASI BERLAUK(KELANTAN)





    Bahan-bahannya
    6 ekor ikan kembong
    5 ulas bawang merah
    1 ulas bawang putih
    1 inci kunyit
    1 inci lengkuas
    6 tangkai cili kering( dipotong dan direndam dengan air panas)
    1 biji kelapa diambil santannya anggaran 2 cawan( untuk yang gemar pekat)
    1 keping asam gelugur
    beberapa batang kacang panjang( dipotong anggaran 3 inci)boleh juga dimasukkan timun
    3 biji cili merah
    1 biji tomato dibelah empat

     



    cara penyediaannya:

    1. Lengkuas,kunyit, cili kering, bawang merah dan putih ditumbuk halus/blender. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk bersama santan dan asam keping.
    2. Masak dengan api yang sederhana. Selalu-selalulah dikacau supaya kuahnya tidak berketul-ketul seperti telur keli. Kacau sehingga mendidih.
    3. Masukkan kacang panjang biarkan seketika baru masukkan ikan.
    4. Setelah mendidih, masukkan cili merah, garam dan tomato.
    5. Kecilkan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak dan kuahnya sedikit pekat.
    6. Angkat dan hidangkan dengan nasi 


    SAMBAL BELACAN KELANTAN

    8 tangkai cili kering ( dipotong dan direndam dengan air panas)
    6 biji cili api
    2 ulas bawang merah ( dibakar dengan api sehingga layu)
    1 ulas bawang putih ( dibakar juga)
    1 inci belacan ( dibakar sehingga kekuningan)
    sepotong mangga muda (dicincang)
    1 biji tomato masak
    sepotong nenas masak.( dicincang)
    2 biji limau nipis, garam dan gula.

    cara penyediaannya:

    Cili kering, cili api, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk . Masukkan tomato, mangga muda dan nenas ditumbuk sedikit, Masukkan garam dan gula. Perahkan air limau nipis dan digaul rata.